timing is everything ^_^

Rabu, 19 April 2017

Life Lesson 1

Assalamualaikum wbt ^_^


Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. 

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang memberikan nikmat kepada kita dalam kehidupan seharian. Nikmat makan, nikmat ibadah, nikmat puasa, nikmat ilmu, nikmat ibu dan ayah dan nikmat sahabat ^_^ ya, tanpa kita sedar, sahabat ni susah nak cari. Kita ingatkan senang rupanya sahabat ni definisi dia lain guys. Fai sendiri rasa nikmat sahabat ni tak semua orang boleh capai melainkan kita 'betul-betul' cari. Dan nak capai 'keikhlasan' dalam bersahabat tu lagi lah payah. Masha Allah. 

Kenapa fai letak tajuk Life Lesson 1? Ada beberapa sebab:

1. Fai dah lama tak menulis *as usual lah huhu*
2. Fai ditegur oleh sahabat fai *lebih kepada nasihat dalam keadaan dia marah sebenarnya haha*
3. Fai baru dapat insight, why not i share this with you guys because i think this experience of mine is worth of sharing in shaa Allah. 

Sahabat. Tegur. Marah. Terima vs terasa. Ikhlas ke tak. Ubah sikap sendiri. Atau buat don't know je. *hmmmm* sebenarnya kan boleh je fai tulis ayat ayat berikut tanpa tanda noktah tapi fai nak tekankan apa yang berlaku sebenarnya. Alhamdulillah, fai ditegur oleh sahabat fai semalam berkenaan satu sikap fai yang 'terlebih concern' sampai membuatkan dia rimas dan terasa seperti fai perkecilkan kebolehan dia untuk hidup berdikari. You know guys, manusia ni rambut sama hitam tapi hati lain lain. Tak semua benda yang kita buat orang akan suka DAN tak semua benda yang kita rasa perlu diletakkan pada tempatnya orang akan rasa benda yang sama. Tak guys. Tak. 

Itu yang fai belajar semalam. I got this one habit to ask whether she is okay or not to stay alone (fyi, we are housemates since foundation) but she did not like it when i keep asking her that. In my point of view, i asked her A LOT if she is okay or not to stay alone during weekend or semester break because i am CONCERN and it shows my RESPONSIBILITY, CARE AND RESPECT towards her but in her point of view, she took it as a stress, annoying question and as something which she prefers not to have it. Well guys, do you see? 

Every people got different INTERPRETATIONS and INTENTIONS. I understood my habit well because i really meant it to an extent that i care for her. However, she understood my habit as an annoyance that she wanted me to stop from doing that. Oh, well. I have stopped. Alhamdulillah, when she burst out yesterday regarding this matter, i could cope successfully without any hard feelings. Truly alhamdulillah *because fai ni orang yang sensitif but fai boleh je terima nasihat orang cuma perlu dalam keadaan yang berhemah dan lemah lembut* tapi in her case, i hid my feelings and continued eating huhu because i did not want to bring this matter any further. 

So, the lesson are:

1. Fikir dulu perasaan sahabat kita before tanya apa apa soalan *even tanya dah makan ke belum* sebab tak semua orang suka untuk diambil berat.
2. Letakkan diri kita pada posisi sahabat kita, apa yang kita akan buat kalau kita berdepan situasi yang sama macam dia DAN apa yang boleh kita lakukan sebagai kawan.
3. Setiap masalah boleh dibawa berbincang. Kalau sahabat kita jenis yang susah nak luahkan perasaan, tanya dia apa yang dia nak, apa yang dia suka dan apa yang dia tak suka *do not end up like me sobs sobs*
4. Hormati sahabat kita, biar banyak mana pun keburukan dia, terimalah seadanya sebab kita tak tau berapa banyak dah keburukan kita yang dia boleh terima dan hadap selama ni ^_^
5. Kalau sahabat kita tengah marah, jangan cepat melenting. Sabar dan diam. Jangan bercakap sampai dia habis luahkan apa yang dia rasa. In the end, angguk dan minta maaf atas kesalahan yang kita lakukan. Rasulullah sendiri suka pada orang yang meminta maaf dulu berbanding orang yang memaafkan ^_^
6. Lastly, cuba untuk terima teguran sahabat kita. Terasa boleh tapi jangan tunjuk DAN jangan jadi ego sangat. Sahabat ni payah nak dapat. Kalau dah ada, jagalah baik baik. In shaa Allah. 

Ya, enam list tadi tu adalah refleksi dari apa yang fai dapat lepas peristiwa semalam *cehh takde lah peristiwa sangat pun cuma kena marah sikit je and i'm okay with that in shaa Allah* fai harap dapat beri manfaat pada hamba Allah luar sana. Terutamanya kamu! Ya, orang yang sedang membaca ini ^_^ jaga diri. Jaga iman. See you in next post!





Quotes of the day ~

" Sekiranya kita sedang berusaha mencari Allah, itu tandanya kita sedang berusaha mencari bahagia. "

SALAM UKHUWAH!