timing is everything ^_^

Rabu, 10 Jun 2015

Tangan Ma yang Berseni ^_^

Assalamualaikum wbt ^_^ 


ramadhan nak dekat dah ! 6 more days to go ! hoyeahh ^_^


AMARAN ! ENTRY INI LUAHAN HATI
FAI 100% . JANGAN TEKAN BUTANG 
EXIT ONCE ANDA SUDAH BACA !


apa khabar wahai rakyat alam maya semua ? muahaha , entry sebelum ni mood serious kan ? so , fai nak santai sikit dis time ^_^ fai in the mood nak bergurau but tiada orang boleh gurau dengan fai . hmm * -_- * dah lama tak menaip , terasa tangan ini kaku pula .


ehem , test , test ! disebabkan lama tak update , fai gagahkan diri juga untuk menaip entry ini walaupun tiada langsung sekeping cerita yang boleh fai kongsikan * menyedihkan T_T * apa-apa pun , fai nak juga merepek , merapu , meroyan di sini sebagai memenuhi permintaan kawan fai * amira pemilik blog la tahzan *  yang rindukan buah tangan dari blog aqiL SyahirA ^_^ * acewahh ! ayat perasan habis ! hahagaha *



nampak tak fai merapu di atas ? okay enough fai ! * tapi yang permintaan sahabat fai tu betul-betul berlaku eh * ^_^ hmm , marhaban ya Ramadhan ^_^ memandangkan ramadhan just around the corner , fai harap rakyat hawa jelata sekalian sudah ganti puasa lah ye ? yang dah ganti tu , bawak-bawaklah puasa sunat eh ? alhamdulillah ! tak sabar nak tunggu bulan penuh barakah ini ^_^ * eksaitednyaa !!! *



memandangkan fai masih menjadi penganggur terhormat vs mereput di rumah , hidup menghabiskan beras , men'sado'kan badan * wahh , kompleks metafora ni cehh * maka , fai meluangkan masa dengan berpuasa ^_^ * di samping menguruskan badan yang sado * -_-




puasa di rumah best ! Ya Allah ! * macam mana lah nak puasa kat tempat orang nanti . hmmm * ma memang sweet . ma paling best in the world ! masakkan for me ^_^ hehegehe * sebab ma tau anak dia pemalas vs mereput di rumah * hari ni paling sweet ! gorengkan mee and segala macam khazanah sejuk beku frozen elsa dalam fridge tu . alhamdulillah ! terharu nyaaa ! sayaaaaaanngggg ma !




ma siap cakap lagi pada le adik , " dapat pahala ni masak untuk orang nak berbuka puasa " . Allah ! sucinya hati seorang ibu ^_^ air tangan ibu memang sedap walau hanya telur dadar . masak sendiri rasa tak cukup rasa . * agaknya lah kan , Allah memang dah jadikan enzim-enzim pada tangan para ibu ni rasanya penuh kasih sayang kan ? sebab tu lah , masakan ibu selalu sedap ^_^ *




sesungguhnya diri ini tidak sabar nak berpuasa , terawih dalam bulan Ramadhan ^_^ Ya Allah dekatkanlah hati keluarga kami dan seluruh umatMu kepada ramadhan serta turunkanlah rahmatMu buat kami semua . amiinn . in shaa Allah ^_^



alhamdulillah , bulan lepas , keluar keputusan ppismp ambilan jun ni . alaahh , ipg tu . and alhamdulillah fai dapat ^_^ sekarang fai dalam proses istikharah , memilih antara dua pilihan . in shaa Allah . 1 ramadhan ni , fai harap hati fai akan tenang dan mudah buat keputusan . in shaa Allah . 



apa-apa pun keputusannya nanti , luhur dari hati , fai senang sekali dan mahu ucapkan terima kasih pada mereka yang sudi baca luahan hati fai dalam entry lepas mengenai dilema ke kys melaka . dan tahniah juga pada sahabat-sahabat alam maya yang fai tidak kenal , jauh sekali pernah berjumpa , tetapi sudi komen di blog fai dan nyatakan mereka juga dapat tawaran kys melaka , course yang sama seperti fai . alhamdulillah ! kalian memang best ^_^ tahniah wani yaacop dan kazumi123 dan muhamad hazim ^_^ moga kalian sentiasa sukses ! in shaa Allah . * fai minta maaf pada wani sekiranya fai tidak dapat hubungi wani atas sebab-sebab tertentu * but , whatever happen , fai will try my best to keep in touch with you guys . hoyeahhh !




okay lah , kepada kamu yang tengah baca entry ini ! hehe , selamat menyambut bulan ramadhan khasnya bagi kaum muslimin dan juga muslimat ^_^ sekian . . .





~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~


~ tidak lama lagi , kita akan berlepas menaiki pesawat RAMADHAN AIR 
~ dengan jangka masa penerbangan 30 HARI 
~ di atas permukaan LAPAR dan DAHAGA 
~ sila pakai tali PUASA anda 
~ tegakkan SOLAT anda 
~ jauhkan dari RASA IRI HATI
~ dan elakkan dari asap PERSELISIHAN
~ terdapat tiga pintu kecemasan 
~ pintu kecemasan di hadapan ialah PINTU PAHALA
~ pintu kecemasan di tengah ialah PINTU KEAMPUNAN 
~ dan pintu kecemasan di bahagian belakang ialah PINTU KEBAJIKAN
~ selamat menikmati penerbangan anda ! 
~ saya , AQIL SYAHIRA , co-pilot pesawat anda mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK ! 


~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~


hehegehe ^_^ amacam ? classs tak ucapan fai ? okay guys ! out dulu . assalamualaikum wbt !




tenkiu for reading dis entry !



today's quotes <3


" the amazing feeling when you look back and realize what Allah gave you and took away from you as only for your own good ! believe this ! "





SALAM UKHUWAH !