timing is everything ^_^

Sabtu, 25 April 2015

With The Fashion Designer To Be ^_^

Assalamualaikum wbt ^_^



miahaha . disebabkan fai dah lama tak update entry ,
nah ! fai belanja gambar se ^_^

ni hou ma ? lama dah fai tak bertapa dalam blog ni haha . since fai was a bit busy and lazy *muke mengada* alhamdulillah ! memandangkan tiada apa-apa yang menarik berlaku pada fai bulan ni , jadi fai rasa entry kali ini pengubat rindu bagi jari-jemari fai menari-nari atas keyboard *acewahh , ayat ko tak boleh blah* miahaha . semalam fai hang out bersama ieyna . lepakings , jalanings , makanings *ehem , fai guna vocab sendiri so , buat-buat faham even tak paham* ehehee




actually , kami hang out not for fun only but the main purpose is weollss nak jalankan "projek" yang tergendala tapi masih dalam perancangan . in shaa Allah ^_^ tapi , fai akan share about projek ni nanti apabila weollss dah berjaya buat ! yeahh ! projek ni ada kaitan dengan tajuk entry ni . but , for now , rahsia okay ^_^ back to the main story , our lepakings tak lama pun , hanya beberapa jam kerana kekangan masa dan ikut jadual parents yang sudi meluangkan waktu mereka untuk menghantar kami . kerana sesungguhnya kami masih di bawah umur dan tiada kenderaan sendiri untuk dipandu . *sobs sobs sobs* okay , di bawah umur tu fai tipu je ^_^ miahaha





alhamdulillah , dapat peluang berdua-duaan dan dating dengan muhrim ni best ! lagi-lagi kami dah lama tak jumpa , last jumpa time graduate hari tu and tak jumpa langsung dah -_- ieyna , the fashion designer to be *hehe , if ieyna is reading dis , fai hope u smile , not angry* miahaha , still the same . ieyna masih cute dan comel , kurus , tak nampak chubby pun and clearly , satu perkara yang fai cemburu dengannya adalah kulit ieyna yang sangat flawless ! haip , susah nak dapat kulit macam ieyna -_- meh , fai tunjuk gerangan orangnya ^_^


simple dan cantik ! sama macam zaman sekolah dulu ^_^
*miahaha , cara ko cakap fai , macam dah lama sangat tinggalkan sekolah*






our lepakings going well , tapi ada satu perkara yang membuatkan kami rasa kelakar is sebelum jumpa , dalam whatsapp plan macam-macam nak buat , kemain banyak benda nak story-mory , tapi bila dah jumpa face to face . errr , awkward moment ! macam tak tau je nak borak apa . haha -_- balik dari sesi lepakings , whatsapp semula , throwback bagai . ohhh , banyak perkara sebenarnya kami nak share tapi tersekat kat kerongkong . oppss , tersekat dalam minda . *incomplete files to be shared* miahaha , betapa mengadanya kami . balik rumah , salahkan masa kerana mencemburui perjumpaan kami . nampak tak kat situ ? sudah lama tidak berjumpa membuatkan kami rasa kekurangan story untuk dikongsi bersama ^_^ lagi-lagi kami sekarang kemain tanam anggur di rumah ! *tolong faham statement tu* -_- hahagaha . jadi , tiada sangat perkara atau peristiwa yang menarik berlaku pada kami . hanya peristiwa menonton televisyen sambil berebut remote dengan adik atau pergi dapur , buka fridge , makan makanan yang ada . -_- yes , kinda bored !






okay fine ! enough with that ! sekarang nak masuk sesi tangkap gambar upload sendiri *versi masuk bakul angkat sendiri* ehehee . well , you know guys , the moment when you spent times with your friends , especially for girls ! tak sah kalau tak selfie or wefie kan ? haha . the same goes on us ^_^ *korang jangan nak cakap yang korang tak pernah selfie ! fai backhand kang -_-* and here are our pictures ...........


haha , awat ieyna tutup mulut tu ?
sebab dah lama tak tangkap gambau !
*okay , fai tipu je . miahaha , gambar ni candid ^_^*

jenis yang tak reti pose lain selain "peace"
*sangat membosankan*







well , entry kali ini fai rasa lebih kepada perasaan fai , apa yang fai rasa dan alami . well , you know guys , when the moment you want to talk randomly ^_^ jadi maafkanlah fai atas keterlanjuran kata atau over snappings and uploadings pictures *sebab sebelum ini , fai jarang upload gambau banyak-banyak* especially ieyna ^_^ sahabatku , maaf kerana fai overdramatic di sini tapi ketahuilah , fai happy dapat hang out bersama ieyna ! even kita tak banyak berbicara , tapi hati kita berbicara . *acewahh , datang dah jiwang fai !* but ieyna , this is serious ! after this , make sure kita ajak lagi ramai join so that awkward moment tidak akan berlaku ^_^ miahaha !

Ma as salamah , wa ilal liqa' !
semoga kita berjumpa lagi ^_^

kredit to camera smartfon ieyna yang banyak berjasa !
*dan juga jemari fai yang gatal meng'edit'* muahaha




alhamdulillah , dapat mengeratkan ukhuwah bersama seorang lagi sahabat fai . in shaa Allah akan datang , fai teringin nak jumpa yang lain . entah kalian sihat ke tidak ? ada hidung lagi ke ? gigi cukup tak 32 batang ? haha *okay , itu tahap mengada nak scan gigi orang* apa-apapun , semoga kalian semua sentiasa dalam lindungan Allah dan sihat selalu ^_^ in shaa Allah !





tenkiu for reading dis entry !


today's quote <3

"the one who keeps reminding you of Allah , is the one who loves you the most ! put Allah , family and friends as your priority . then , you will find true happiness . in shaa Allah !"


SALAM UKHUWAH !




Khamis, 2 April 2015

Pengalaman Ujian Kelayakan Calon Guru 2015 (UKCG)

Assalamualaikum wbt ^_^



Ahlan Wasahlan to Institute of Teachers Education in Malaysia !
*jom kita feeling-feeling omputih kejap* ehehee




~ assalamualaikum and good morning everybody ! *sambil letak buku rekod atas meja*

~ wa-alai-kum-mus-salam and goood mor-ning tea-cher  *intonation anak murid jawab salam dalam kelas*

~ okay , how are you today ? *tanya sambil senyum ke anak murid ^__^*

~ fine thank you teacher ! *again , intonasi jawab secara berjemaah*

~ okay , you may sit down . *senyum lagi ala-ala cikgu mithali*

~ alright , for now , open your note book and lets start our discussion on the topic "UKCG"



Haa , kamu ! kamu ! kamu ! yang sedang baca ni ! ! ! Hahagaha . jangan terpedaya ye guys dengan dialog di atas ! fai just nak fefeling jadi cikgu hehe . memandangkan topik kita hari ni seangkatan dengan "pengalaman" , jadi fai nak story lah sikit pengalaman fai menghadiri ujian kelayakan calon guru (UKCG) di Institut Perguruan Kampus Tengku Ampuan Afzan , Kuala Lipis ^_^ in shaa Allah , perkongsian ni , bakal menjadi satu entry yang bermanfaat sekiranya kamu ! yang tekun membaca ni , juga adalah calon guru .




Bismillahirrahmanirrahim . disebabkan fai taip ni time tengah malam , waktu hamba Allah yang lain enak melayani bahtera mimpi , jadi tahap kemalasan fai juga infinite level ye guys ! maaf kerana fai nyatakan di sini sebab fai nak kalian faham kemungkinan besar , entry ini bakal membosankan ^_^ *huhu , apa boleh buat ? fai not feeling well right now -_-*  tapi , fai nak taip juga khas buat kawan-kawan fai yang bakal menghadiri ukcg dalam masa terdekat ni . good luck guys ! especially for pemilik miyayah.blogspot.com *hehe , fai dah baca blog u mira and fai wanna say that u are talented actually to be a novelis* good luck beybeh !





*throwback seminggu yang lalu*

Alhamdulillah , nama fai termasuk dalam senarai shortlist untuk menjalani ukcg ni . dapat aja surat tawaran online tu , fai terus print macam biasa lah and ada dua borang penting yang perlu di print out dan diisi sebagai pengesahan untuk ujian bertulis dan ujian fizikal . slip-kehadiran-calon dan surat-akuan-calon (SAC 01) . dah print ni , terus isi aje tau dan masukkan dalam fail , prepare siap-siap letak dalam beg . senang ! terus capai and masuk kereta , start enjin , jalan ^_^ 





meh sini nak cakap , preparation yang PALING PENTING dalam masa SEMINGGU ini adalah SENAMAN DAN REGANGAN OTOT sebelum guys pergi ukcg ni . kalau tidak , jangan heran anda mengalami kejutan otot-otot dan sakit urat yang hanya Allah tahu betapa peritnya *_* fai dah melalui kesakitannya *memang sakit tahap tak hengat ! segala urat bermula dari scapula , sepanjang backbone sampai pinggang rasa macam tergeliat semua* sebab last fai bersenam adalah beberapa tahun yang lalu . sob sob sob . sedih tau ! menyesal fai tak menyahut seruan kementerian kesihatan untuk kekalkan kecergasan dan tahap kesihatan diri . *hagahagaha , padan muka ko fai*





jadi , seminggu ni , guys haruslah berjoging dan praktis bangun tubi atau dalam bahasa omputih nya "sit up" as many as you can especially bagi akak-akaks luar sana ! jangan jadi macam fai tau , sudah terhantuk baru tengadah . kalau boleh , banyakkan aktiviti yang menguji daya tahan kardiovaskular guys sebab nanti ada BLEEP TEST . yang ni sumpah cakap ! kalau anda dah bertahun tak beriadah dan berjoging , anda berkemungkinan pengsan ! nanti fai cerita macam mana test ni dijalankan ^_^ in shaa Allah 






hari yang fai pergi ipg lipis ni , hari rabu bersamaan 01 / 04 / 2015 . hari bermulanya GST di malaysia . haa , talking about GST , fai didnt get adequate information yet about dis . frankly speaking , what fai saw and knew is people kept complaining on GST . *haa , sampai tahap berbalah dalam fesbuk , twitter , whatsapp pasal gst ni pun ada tau !* so , no comment -_-  





okay , lets proceed ! sampai aja fai di ipg ini , abang wan merangkap abang ipar fai , terus parking berdekatan dewan utama nya . haa , lupe nak cakap , yang hantar fai hari tu , of course mak fai , kak yana , abang wan , faris and cute little jannah ! *jannah is my niece* ehehee . abah tak dapat hantar because abah is on duty . kami bertolak dari rumah around 4.15 pagi ^_^ awal kan ? fyi, sebelum pendaftaran , kita kena check nama dulu tau dalam checklist yang ditampal sebelah pintu dewan . dah check , terus ingat nama kita nombor berapa , pergi ke meja pendaftaran , senyum-senyum sikit pada akaks and abangs kat meja tu dan turunkan tandatangan anda atas kertas yang disediakan ^_^ dah settle , terus duduk atas tar jalan depan dewan tu ramai-ramai dan kami pun dengar taklimat ringkas sementara tunggu kawan-kawan lain yang belum sampai . ohh , bear in your mind not all candidates are 18 years old tau ! some of them are 19 and 20 years old . so , have respect on others okay ? sebab masa fai dengar taklimat tu , adalah fai cuit-cuit , berkenalan dengan kawan sebelah , depan and belakang , ingat sama umur rupanya dah pangkat kakak ^_^ *hehe , maluu fai sebab dah tertanya result spm and sekolah lama mereka* 






habis aja taklimat , pegawai yang bertugas merangkap pensyarah-pensyarah ipg lipis ni , arahkan kami bawa pensel 2B , getah pemadam , kad pengenalan , surat beranak dan slip-kehadiran-calon sebelum masuk ke dalam dewan . ingat tau ! HANYA PENSEL 2B DIBENARKAN untuk ujian bertulis ini . dah masuk , ambil tempat duduk secara random sebab tiada nombor giliran untuk kita . alhamdulillah , fai dapat duduk bahagian depan tapi sejuknya rasa sebab pagi tu hujan , duduk dalam dewan ada air-cond , jadi memang ketar masa jawab ujian tu . haa , cakap pasal ujian ni , jangan risau tau ! ujian bertulis ini hanya melibatkan inventori sahsiah guru like perawakan , personaliti , perwatakan dan sifat-sifat yang perlu ada pada seorang guru ^_^ tak susah mana pun . alahh , macam jawab soalan kerjaya hehe . ada dua bahagian tau , bahagian A-135 soalan dan bahagian B-60 soalan . jadi , total up semua ada 195 soalan yang perlu dijawab dalam masa 45 minit . jangan risau sebab semua soalan objektif dan kertas omr disediakan . berdasarkan pengalaman fai , tiga soalan fai jawab dalam masa satu minit . dan akhirnya , fai ada lebihan masa 5 minit sebelum tamat ujian bertulis ni . alhamdulillah , tapi terpulanglah pada guys nak uruskan masa kalian ^_^ ini contoh soalan-soalannya yang fai masih ingat 

adakah anda pernah mencuri ?

A. ya     B. tidak


anak murid anda terlibat dengan dadah . apakah tindakan anda ?

A. laporkan pada pengetua sekolah 
B. terus laporkan pada polis


wajarkah seseorang bendahari bertanggungjawab atas kehilangan duit persatuan walaupun bukan sebab kecuaiannya ?

A. wajar     B. tidak wajar


adakah anda pernah melakukan seks dengan sesiapa sahaja ?

A. tidak benar sama sekali
B. tidak benar
C. benar
D. sangat benar


haa , soalannya pelik-pelik kan ? rasa seram pun ada haha tapi in shaa Allah , kita boleh jawab ! trust in Allah ^_^






alhamdulillah , siap sudah ujian bertulis . sekarang tibalah masanya untuk ujian fizikal . yang ni ada lima stesen tau . semua WAJIB BUAT dan kalau mampu , dapatkan peratus markah penuh ! in shaa Allah boleh ! kami semua diarahkan beratur ramai-ramai dalam barisan dan dibawa ke gelanggang badminton indoor punya *haa , part ni best sebab guys tak perlu berpeluh bawah matahari* fai takut ngat kalau nak lari-lari bawah matahari ni . takut sunburn muahaha . gelanggang ni besar tau , macam stadium pun ada sebab ada tempat duduk keliling gelanggang tu sebiji macam kat stadium bola sepak ^_^ jadi , memang muat untuk port kelima-lima stesen tu . yeahh ! ini senarai stesen yang guys perlu buat 

1. Indeks Jisim Badan (BMI) ~20%

2. Bangun Tubi Bervariasi ~20%

3. Kilas Sisi ~15%

4. Lompat Kuadran ~15%

5. Bleep Test ~30%



ini jambatan gantung yang fai harungi sebelum
sampai ke gelanggang tersebut ^_^



sebelum kita start , akan ada satu lagi taklimat ringkas tentang ujian fizikal ini berserta tayangan video yang memaparkan cara-cara menjalani ujian di setiap stesen , jadi guys jangan gelabah sangat , cool down and relax sambil hayati video tu . kalau tak dapat catch-up juga teknik dan peraturan yang ada dalam video , guys boleh tengok lagi sekali secara live depan mata di setiap stesen sebab akan ada akaks and abangs petugas merangkap student ipg dan majlis perwakilan pelajar di sana yang tunjukkan demo depan kita ^_^ mereka semua baik-baik tau termasuklah pensyarah di sana *yeahh . yeahh . fai memang mereka sangat-sangat !*





stesen 1 : masuk aja bilik test tu , fai pergi pada akak petugas , tegakkan badan dan bersandar pada dinding untuk ambil ukuran ketinggian . after that , naik atas alat penimbang dan timbang berat badan anda . jangan risau , urusan ukur-mengukur , catat-mencatat ni semuanya akaks and abangs di sana uruskan . jadi anda hanya perlu senyum dan buat seperti diarahkan ^_^ alhamdulillah , for dis checkpoint , fai got 20% .



stesen 2 : seterusnya bangun tubi bervariasi . haa , yang ni , panjang sikit nak story nyaa sebab ada lima tahap variasi bangun tubi . tahap pertama , baring atas mat yang disediakan , luruskan badan , bengkokkan lutut dan bangun bila dengar akak petugas say "up" ! terus tapak tangan sentuh lutut . tahap kedua , baring semula dan terus bangun sambil siku sentuh lutut bila akak petugas say "up" ! tahap ketiga , ubah kedudukan tangan seperti qiam dalam solat tapi rapatkan dan sentuh kedua-dua siku . when akak petugas say "up" ! bangun dan pastikan kedudukan tangan anda menyentuh kedua-dua belah peha . tahap keempat , letak tangan atas kepala secara bertindih tapi kedua-dua tapak tangan menyentuh siku dan "up" , terus bangun ! tahap kelima , letak tangan belakang kepala dan kedudukan tapak tangan bersilang antara satu sama lain di tengah-tengah antara scapula kita , kira tapak tangan bawah leher lah . and guess what ? sampai tahap ketiga fai dah pun pancit -_-  tapi alhamdulillah , apabila dipaksa oleh akaks and abangs petugas untuk terus push push pushh ! akhirnya , fai berjaya ! alhamdulillah fai got 20% ^_^




stesen 3 : kilas sisi ni paling fai suka sebab senang sangat ! akan ada satu cellophane tape untuk tanda kedudukan kita berdiri atas lantai . bukan menghadap dinding tapi membelakangi dinding . pada dinding belakang kita tu , ditampal satu kertas kadbod warna terang like kuning . dan start ! dalam masa 1 minit , fai perlu sentuh lantai dengan jari-jari fai , lalu pusing ke kanan dan sentuh kertas kadbod belakang fai , pusing pula ke depan , sentuh lantai lagi sekali . pusing ke kiri dan sentuh kertas kadbod pada dinding belakang fai tu . *haha , entah apa-apa je ayat ko tu fai . entah faham ke tidak orang baca* huhu , sory . fai is ketandusan idea nak terang bahagian ni . tapi apa-apa pun , buat at least 45 kali dalam masa satu minit tu untuk dapat markah penuh . and alhamdulillah fai got 15% .





stesen 4 : then , lompat kuadran pula . yang ini pun fai suka sebab senang ^_^ alhamdulillah . bayangkan ada cellophane tape yang ditampal membentuk empat petak segi empat sama saiz kaki kita , dan ada nombor bertanda 1 , 2 , 3 , 4 . kita perlu lompat mengikut nombor dalam petak-petak tu TANPA MEMIJAK GARISAN cellophane tape tu . nasib lah siapa yang dah praktis di rumah memang tak pancit untuk stesen ni , tapi kalau anda tak berlatih langsung lompat kuadran ni , memang akan terkulai layu di tasik madu laa jawabnya . muahaha . kalau nak mudah , kan kat rumah kita ada jubin seramik segi empat sama tu , praktis aja lompat dalam tu sambil mak kita tolong pegang stopwatch sebab masa yang diberi hanya 10 saat tau ! at least guys kena capai 30 kali lompat untuk dapat markah penuh .alhamdulillah , fai dapat 12% out of 15 percent . lagi 2 percent hilang sebab fai nervouss . tak dapat nak concentrate lompat betul . hahagaha 




stesen 5 : akhir sekali , bleep test yang sangat memenatkan . pabila perasaan penat menguasai diri anda dan anda tiba di stesen terakhir untuk aktiviti lari-larian secara ulang-alik ! yang ini , sekali buat , 8 orang dalam satu barisan . alhamdulillah , fai dapat serentak dengan erah ^_^ classmate fai sejak secondary school lagi . erah is atlet merentas desa jadi result beliau memang sangat wow ! 4.6 ! hebatt ! fyi , satu level ada 10 round . keseluruhan ada 10 level . setiap kali bunyi "beep" , fai kena patah balik ke garisan kuning permulaan , "beep" lagi , patah balik , "beep" lagi sampailah fai ulang-alik hingga tahap yang fai mampu . bila akak petugas dah nampak kaki kita tak cecah garisan kuning , means kita main aci redah aja lari , le akaks akan angkat kad merah suruh kita berhenti dan terus catat markah kita ^_^ panjang trek larian ulang-alik ni 20m . jadi erah punya 4.6 = 21kali ulang-alik = 420m ! sangat hebat kan ? hehe , fai memang tabik spring sama erah . tahniah erah ! for dis checkpoint , fai only got 3.5 . alhamdulillah ^_^ 12% out of 30 percent . muahaha *jauh bebenor dari markah penuh huhu*






alhamdulillah tamat sudah ukcg . after dah sampai rumah , memang fai flat habis -_- fai is tak mampu nak bangun even ke dapur untuk makan . sampai saat fai taip entry ni , sakit belakang fai masih bermaharaja lela . sob sob T_T . rasa nak demam pun ada tapi alhamdulillah . Allah beri peluang untuk fai selesaikan semua stesen tanpa ada sebarang kesulitan . terima kasih Ya Allah !




nasihat fai pada kawans , adiks , akaks , abangs yang bakal menjalani ukcg , prihatinlah dengan tubuh badan anda . pastikan guys bersedia dari segi fizikal terutamanya ketahanan kardiovaskular sebab ujian di setiap stesen tu nampak simple tapi nak buat nyaa mak aihh ! *menangis tak berlagu ko !* lagi satu , kalau betul-betul guys nak jadi cikgu , solat hajat minta Allah permudahkan segalanya . mana tau , akaks or abangs petugas tergerak hati nak bagi markah percuma sebab manusia ni kan hatinya Allah yang pegang . jadi Allah berhak menggerakkan hati kecil manusia ni supaya jadi lembut , pemurah dan mudah menerima apa yang berlaku . in shaa Allah sebab manusia bukan mesin yang tidak boleh dipengaruhi ^_^




and one more ! perlu dihebahkan yang langkah kementerian pendidikan sediakan modul ujian kelayakan calon guru (UKCG) sejak 2014 ini adalah satu tindakan yang bijak memandangkan persaingan zaman sekarang memang sengit . semakin ramai anak-anak muda yang cerdik dan bijak pandai . jadi , modul ni sangat berkesan untuk lahirkan bakal guru yang sihat , cergas dan cerdas . bila guru aktif , anak murid pun mesti aktif juga kan ? *dah macam menteri pendidikan je ko ni fai* ehehee 




fyi , fai ada sertai Karnival Jom Masuk U di SASICC Kuantan a few months ago dan seorang pegawai di booth pameran ipg cakap "yang nak masuk ipg ni , 300 000 orang buat permohonan online dik dan pergi ukcg serta interview , tapi yang nak pakai nya hanya 3000 orang" punyalah ramai hamba Allah yang mahukan tempat di ipg ni . jadi apa-apa pun , usaha , doa dan tawakal ! in shaa Allah berjaya ! kalau ditakdirkan rezeki kita bukan di ipg , in shaa Allah terima seadanya . fai cakap ni pun untuk peringatan diri fai juga ^_^ sama-sama kita usaha untuk berjaya .




tenkiu for reading dis entry !


today's quote <3

" there is no smoke without fire . and there is no success without hardwork . lets bow down , raise hand and makes du'a . everythings gonna be fine . in shaa Allah ! "


SALAM UKHUWAH !